Ada tak yang pernah menonton drama komedi gelap iaitu “Prison Playbook”? Kisah yang menekankan kehidupan pegawai, warden dan pesalah di dalam penjara. Walaupun topiknya agak berat tetapi ia berjaya menarik jumlah penonton yang ramai kerana teraju utamanya yang berbakat serta babak kelakar yang mencuit hati. Khabarnya penulis drama itu kini bakal kembali dengan projek terbaru yang bertajuk “Doctor Playbook” ataupun “Wise Doctor Life”.
Meskipun akan ditayangkan menerusi saluran tvN pada tahun 2020 nanti tetapi ramai yang sudah tidak sabar mahu menyaksikannya. Nak tahu kenapa ramai yang excited? Sebabnya barisan pelakon yang bakal menerajuinya terdiri daripada pelakon yang hebat belaka! Antaranya ialah Jo Jungsuk, Jung Kyungho, Yoo Yeonseok, Kim Daemyung dan banyak lagi! Melihatkan saja daripada nama-nama ini, sudah pasti ramai yang menebak bahawa drama ini best dan tidak boleh diketepikan.
“Wise Doctor Life” membawa cerita tentang lima sekawan yang belajar di sekolah perubatan yang sama pada tahun 1999 sebelum bekerja di dalam sebuah hospital yang sama. Sememangnya drama perubatan merupakan tema yang tidak asing lagi dalam arena drama dan perfileman di Korea tetapi naskhah ini lebih memberi fokus kepada kehidupan harian dan biasa para kakitangan hospital dan pesakit.
Rata-rata penonton yang pernah menonton “Prison Playbook” merasa teruja dengan drama baru ini. Mereka juga memuji barisan pelakon drama “Wise Doctor Life” yang sangat berbakat dan pastinya drama itu adalah bagus sehingga mereka memilih untuk menerajuinya.
“‘Wise Doctor Life’ kelihatan seperti menyeronokkan!”
“‘Wise Doctor Life’ dipenuhi oleh barisan pelakon berbakat.. Adakah ia sambungan kepada ‘Prison Playbook’?”
“Jung Kyungho adalah seorang pelakon yang boleh dipercayai. Selamat berjaya!”
“Drama yang diterajui oleh Jo Jungsuk adalah wajib ditonton!”
“Cepatlah keluar ‘Wise Doctor Life’!”
“Saya sangat berharap dengan ‘Wise Doctor Life'”
Tak sabarnya nak tunggu tahun 2020! Lakonan mereka semua ini tidak perlu dipertikaikan lagi, best sangat!