Ikuti Kami:

Ganti ‘Nevertheless’, Episod Awal Drama Kemanusiaan ‘Lost’ Catat Rating Baik

Ganti ‘Nevertheless’, Episod Awal Drama Kemanusiaan ‘Lost’ Catat Rating Baik

Selepas 5 tahun menyepikan diri dalam dunia drama, Jeon Do-yeon dan Ryu Jun-yeol akhirnya kembali dengan drama kemanusiaan “Lost”.

Sinopsis

Drama ini membawa kisah seorang wanita 40 tahun yang bekerja sebagai ‘penulis hantu’ dan merasa hilang dalam arus kehidupan. Manakala seorang lelaki berusia 27 tahun pula menyimpan rasa takut dia tidak akan dapat mencapai apa-apa dalam hidupnya.

Awal yang gelap

[Amaran SPOILER]

Melihatkan episod awal “Lost”, pastinya ramai yang boleh merasai kerunsingan dan kegelapan yang menyelubungi kehidupan Bo-jung (Jeon Do-yeon). Bahkan wanita itu sepertinya terus mempunyai konflik dengan penulis sebenar, A-ran (Park Ji-young).jtbc lostPun begitu, penulis ‘hantu’ itu mempunyai hubungan yang tersirat dengan Kang Jae (Ryu Jun-yeol). Selepas mengalami sebarang masalah atau bersedih, pasti dia akan dipertemukan dengan lelaki itu tanpa disangka.

Rating baik

Walaupun menampilkan genre berat mengenai kehidupan manusia biasa, “Lost” berjaya mencatatkan rating sebanyak 4.2% iaitu merupakan catatan yang baik berbanding episod perdana drama yang digantinya iaitu “Nevertheless” (2.2%) sebelum ini.

Walaubagaimanapun, ratingnya sedikit menurun semasa episod kedua dengan catatan 3.8% sahaja.jtbc lostNampaknya drama ini mungkin akan difahami oleh ramai orang memandangkan ia memaparkan dilema yang sering dilalui semua.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...