Ikuti Kami:

Ganti Han Sohee & Park Hyungsik, Noh Sanghyun & Geum Saerok Terajui ‘Soundtrack #2’

Ganti Han Sohee & Park Hyungsik, Noh Sanghyun & Geum Saerok Terajui ‘Soundtrack #2’

Teruja tak menantikan musim baru untuk siri Disney+ “Soundtrack #1”?

Menurut laporan media, drama itu kembali dengan musim kedua namun dengan pelakon baru. Kalau sebelum ini watak utama dipegang oleh Han So-hee dan Park Hyung-sik namun untuk “Soundtrack #2”, ianya bakal diterajui oleh Geum Sae-rok dan Noh Sang-hyun.

Musim kedua ini akan membawa kisah seorang lelaki dan wanita yang jatuh cinta dengan satu sama lain semasa menyertai kelab pancaragam di kolej namun berpisah selepas 6 tahun bercinta. Selepas 4 tahun, mereka kembali bertemu bagi menyelesaikan salah faham dan kekecewaan.

han sohee park hyungsik

Khabarnya, Noh Sang-hyun akan berlakon sebagai Su-ho iaitu seorang CEO muda yang penat dengan kehidupan manakala Geum Sae-rok akan menjayakan watak Hyun-seo di mana dia berputus asa dengan impian utamanya dan hanya bekerja sebagai guru piano sementara kini.

Belum lagi ditentukan namun “Soundtrack #2” dilaporkan akan bersiaran pada 2023 ini.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...