Ikuti Kami:

Ganti Gary & Haoh, Keluarga Yoon Sanghyun Sah Sertai ‘Superman Returns’ Bermula Januari Ini

Ganti Gary & Haoh, Keluarga Yoon Sanghyun Sah Sertai ‘Superman Returns’ Bermula Januari Ini

Selepas Kang Gary dan Ha-oh mengundurkan diri daripada “Superman Returns”, nampaknya keluarga pelakon Yoon Sang-hyun akan menjadi ahli baru program tersebut.

Menunjukkan sifat bapa yang baik dalam drama “18 Again”, pelakon itu kini akan menunjukkan kemahirannya sebagai bapa dalam dunia sebenar.

Kalau anda nak tahu, lelaki itu telah pun berkahwin dengan penyanyi Maybee pada tahun 2015 dan dikurniakan tiga anak sepanjang perkahwinan mereka.

Saya memilih untuk menyertai rancangan ini kerana mahu berlatih menjaga tiga anak saya dengan sendirinya, sekiranya isteri saya tidak dapat membantu nanti kerana urusan kerja. Saya akan menggunakan peluang ini untuk memperbaiki kekurangan saya dalam urusan penjagaan anak.

yoon sanghyun

Anak pertama pasangan ini ialah Na-gyeom yang berusia 6 tahun, Na-on ialah anak kedua dan berusia 4 tahun manakala anak bongsu mereka ialah Hye-sung yang berusia 3 tahun.

Episod pertama bersama keluarga Yoon Sang-hyun ini akan mula ditayangkan pada Januari nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...