Ikuti Kami:

Gandingan Song Hyekyo & Park Bogum, Tonton ‘Encounter’ Di Netflix Bermula 30 Julai Ini

Gandingan Song Hyekyo & Park Bogum, Tonton ‘Encounter’ Di Netflix Bermula 30 Julai Ini

Sejak Park Bo-gum sertai latihan khidmat ketenteraan, rindu pula nak tatap wajahnya kan?

Sebab itu anda kena tonton drama “Encounter” yang bakal dimasukkan di laman penstriman Netflix pada 30 Julai ini.

Cha Soo-hyun (Song Hye-gyo) ialah anak kepada ahli politik yang hidup mengikut pilihan ayahnya. Selepas bergraduasi dari kolej, dia dipaksa berkahwin dengan pewaris keluarga kaya bagi menguatkan lagi kuasa ayahnya. Pun begitu, dia bercerai akhirnya dan bertemu dengan seorang lelaki muda yang tidak punyai apa-apa.

netflix encounter

Kim Jin-hyuk (Park Bo-gum) merupakan seorang yang biasa dan naif, anak muda yang menikmati kehidupan dan berasa bahagia dengan perkara yang kecil sahaja. Dia mempunyai banyak kerja separuh masa bagi menampung kehidupan tapi dalam masa yang sama, turut mencari kerja tetap. Pada suatu hari, kehidupan lelaki itu mula berubah selepas berkenalan dengan Cha Soo-hyun semasa sedang bercuti di luar negara.

Bagi sesiapa yang rindukan drama ini, boleh marathon bermula 30 Julai ini di Netflix okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...