Ikuti Kami:

Gandingan Lee Jongsuk & Yoona Menjadi, Penonton Puas Hati Tonton Episod Awal ‘Big Mouth’

Gandingan Lee Jongsuk & Yoona Menjadi, Penonton Puas Hati Tonton Episod Awal ‘Big Mouth’

Korang dah layan belum episod pertama “Big Mouth” di Disney+?

Ia adalah drama noir yang membawa kisah seorang peguam kelas ketiga Park Chang-ho (Lee Jong-suk), yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouth’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh.

Menerusi satu sidang media, pelakon utama “Big Mouth” iaitu Lee Jong-suk, Yoona, Ok Ja-yeon, Kim Ju-hun, Yang Kyung-won dan pengarah Oh Choong-wan telah berkongsi pelbagai kisah mengenai drama itu.

mbc big mouth

Suami isteri terpisah

Rasanya ramai yang menantikan keserasian Lee Jong-suk dan Yoona kan? Tapi sepertinya watak mereka akan lebih banyk terpisah daripada bersama. Ulas Lee Jong-suk,

Nampaknya ramai yang mempunyai jangkaan tinggi buat keserasian pengantin baru dari kami. Tapi untuk aspek itu, mungkin akan ada yang kecewa. Kisah ini berkembang dengan kami terpisah secara fizikal. Tak banyak babak di mana kami berlakon sekali. Kami memainkan watak sendiri di tempat masing-masing.

Yoona juga meluahkan rasa kecewa dek kekurangan watak mereka bersama namun dia menjelaskan bahawa penonton dapat melihat gandingannya dan Lee Jong-suk dalam babak ‘flashback’.

mbc big mouth

Penuh plot twist

Ternyata menyeronokkan, pengarah Oh Choong-wan menjelaskan bahawa “Big Mouth” ialah sebuah nakshah yang dinantikannya meskipun sudah empat kali mengarah drama lain.

Pusingan dan arah yang tak dijangka, lakonan baik pelakon, sepertinya ia menjadi sebuah drama yang bersinar semasa saya menontonnya. Saya harap anda seronok menontonnya.

mbc big mouth

Respon penonton

Lakonan Lee Jong-suk sememangnya tidak diaragui semua! Malah dia kelihatan sesuai membawa watak seorang peguam bernama Park Chang-ho yang menghadapi kesukaran dalam kerjaya dan juga keluarga. Bukan itu sahaja, watak Go Mi-ho yang diterajui Yoona turut menjadi bualan semua kerana persoanliti yang dekat dengan penonton.

Untuk episod pertama, drama MBC ini berjaya meraih rating tinggi sebanyak 6.2% meskipun bertanding secara sengit dengan naskhah di saluran lain. Bakan ia merupakan drama yang paling ramai penonton bagi tayangan malam Jumaat-Sabtu.

Siapa yang mahu menonton episod pertama “Big Mouth”, korang perlu melanggan Disney+ bagi mendapatkan tayangan secara pantas dengan sari kata.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...