Ikuti Kami:

Gandingan Lee Dongwook & Wi Hajoon Menjadi, ‘Bad And Crazy’ Mula Dengan Rating Baik

Gandingan Lee Dongwook & Wi Hajoon Menjadi, ‘Bad And Crazy’ Mula Dengan Rating Baik

Setelah lama dinantikan, akhirnya drama lakonan Lee Dong-wook dan Wi Ha-joon telah pun ditayangkan kelmarin.

Sinopsis

Siri ini mengisahkan protagonis yang menjalani kehidupannya sebagai detektif yang materialistik. Namun pada suatu hari, dia bertemu seorang adiwira yang menentang korupsi dalam institusi kepolisan bernama ‘K’.

Pertemuan tegang

[Amaran SPOILER]

Drama ini bermula apabila detektif pecah amanah iaitu Ryu Soo-yeol (Lee Dong-wook) dicari oleh K (Wi Ha-joon) yang mahu membalas dendam. Pertemuan mereka tidaklah ‘smooth’ apabila keduanya terpaksa bergabung dan bukannya berlawan antara satu sama lain apabila melalui satu situasi genting dek sekumpulan penjahat.

tvn bad and crazy

Keadaan semakin tidak terkawal apabila semua tidak mempercayai pendedahan Ryu Soo-yeol mengenai kemunculan K kerana tiada rakaman CCTV yang merakamnya selain dia yang terperangkap dengan siasatan kematian Jung Yoon-ah (Lee Seo-ahn) kini selepas pegawai polis Oh Kyung-tae (Cha Hak-nyeon) hampir kehilangan nyawanya.

Rating baik

“Bad And Crazy” menunjukkan prestasi yang baik untuk tayangan awal ini apabila episod pertamanya meraih rating sebanyak 4.5%. Dengan catatan ini, terbuktilah bahawa drama ini mendapat perhatian ramai sejak ianya belum dipertontonkan lagi.

tvn bad and crazy

Korang dah layan episod awalnya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...