“River Where The Moon Rises” masih lagi di peringkat pra-produksi namun sudah banyak kali disebut dalam dunia drama Korea. Mungkin sebab khabar angin mengenai barisan pelakonnya yang bertiup kencang membuatkan ramai yang tertarik untuk mengetahui keputusan akhirnya.
“River Where The Moon Rises” membawa kisah Puteri Pyeonggang yang turut dikenali sebagai Yeom Ga-jin yang bakal dimainkan oleh Kim So-hyun. Dia merupakan seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan bermimpi mahu menjadi wanita pertama yang memimpin Goguryeo. Namun apabila berjumpa dengan On Dal, cita-citanya mula goyah kerana emosi baru yang dialaminya.

Kalau sebelum ini Son Ye-jin dikhabarkan bakal membawa watak utama iaitu Pyeonggang, namun harapan itu meleset habis apabila pelakon generasi baru iaitu Kim So-hyun pula yang disahkan akan membawa watak dalam drama bersejarah tersebut. Bahkan Kang Ha-neul yang sepatutnya membawa watak utama On Dal juga telah menolak tawaran tersebut kerana konflik jadualnya namun memilih untuk membawa watak bapa kepada watak utama itu yang merupakan kunci utama kepada permulaan cerita.

Kini, nama Ji Soo pula dicanang sebagai salah satu pelakon yang akan menerajui “River Where The Moon Rises”. Jikalau lelaki itu menerimanya, ini bermakna dia akan kembali bergandingan dengan Kang Ha-neul selepas “Scarlet Heart” pada 2016 dan Kim So-hyun selepas “Page Turner”.
Harapnya Ji Soo terima!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.