Ikuti Kami:

Gambar Tersebar, Jungkook BTS Kantoi Dating?

Gambar Tersebar, Jungkook BTS Kantoi Dating?

Sudah hampir 6 tahun berkecimpung dalam industri seni, akhirnya kumpulan BTS telah diberi peluang untuk bercuti panjang. Peminat yang mendengarkan berita ini meluahkan rasa gembira kerana idola kesayangan mereka itu dapat berehat sepuasnya selepas sibuk menjelajah ke serata dunia bagi memenuhi jadual seni mereka yang padat. Maklumlah, popular kan!

Apabila diberi peluang keemasan ini, kesemua anggota kumpulan itu telah menghabiskan masa bercuti termasuklah berehat di dalam dan luar negara. Ingatkan boleh bercuti dengan senyap tetapi malangnya apabila salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Jungkook telah ditangkap keluar dating dengan seorang wanita misteri yang dikhabarkan adalah kekasihnya. Ye ke?

Kisah ini bermula apabila satu rakaman CCTV telah tersebar luas di satu forum komuniti di Korea. Dalam tangkapan skrin itu dapat dilihat lelaki yang kelihatan seperti Jungkook sedang memeluk seorang wanita daripada belakang.

jungkook dating

Walau bagaimanapun, peminat BTS iaitu ARMY beria-ia menidakkan berita itu dan mengatakan bahawa lelaki dalam gambar itu sebenarnya adalah seorang penyanyi rap bernama Hash Swan. Pun begitu, lelaki itu yang penat melayan pelbagai mesej peribadi daripada ARMY telah tampil dan bertegas bahawa dia bukanlah lelaki itu.

“Ramai yang bertanya, tetapi ini bukan saya,” jelasnya menerusi Insta Story.

jungkook hash swan

Netizen terus menyelidik dan terjumpa sekeping gambar yang berterbangan dalam internet di mana Jungkook kelihatan sedang menikmati makan malam bersama wanita misteri itu.

jungkook bts dating

Khabar angin lain juga mengatakan bahawa Jungkook telah melepak bersama rakan-rakannya di sebuah guesthouse di Geoje-do. Dia juga turut meninggalkan tandatangannya kepada pemilik rumah tetamu itu. Yang menariknya apabila wanita yang dituduh itu ada memuat naik gambar swafotonya yang mempunyai latar belakang sama dengan hiasan dalaman rumah itu.

lee mijoo dating jungkook

jungkook dating

lee mijoo jungkook bts

Menurut ‘kajian’ yang lebih mendalam, wanita yang kononnya kekasih Jungkook itu merupakan seorang artis tatu bernama Lee Mijoo.

lee mijoo dating jungkook

Namun ada pula khabar angin yang bertiup mengatakan wanita yang dituduh itu telah pun berkahwin. Tak berpuas hati, seorang ARMY telah menghantar mesej peribadi kepada salah seorang rakan wanita tersebut dan bertanyakan sama ada wanita itu sudah berkahwin. Menurut rakannya itu, wanita itu hanya mempunyai seorang teman lelaki bagaimanapun dia bukan lah Jungkook.

jungkook bts dating

Ada segelintir ARMY yang tidak bersetuju apabila gambar privasi Jungkook digembar-gemburkan sebegini rupa kerana informasi peribadi seperti ini haruslah dirahsiakan. Tak kurang juga yang menyokong dan tidak kisah sekiranya artis kegemaran mereka itu benar-benar sedang bercinta.

Sumber: Pann-choa, Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...