Siapa tak kenal model cilik bernama Ella Gross? Kanak-kanak kacukan Korea-Amerika ini menerima pujian orang ramai kerana kecantikannya yang memukau walaupun baru berusia 11 tahun. Punyalah popular sehinggakan dia mempunyai lebih 3.5 juta pengikut di laman sosial Instagram. Hebat!
Bukan sahaja popular di Korea tetapi dia turut menjadi kegilaan pelbagai jenama terkenal untuk dijadikan sebagai model mereka. Kalau anda perasan, Ella telah pun memenuhi ruang iklan bagi jenama-jenama terkenal dunia seperti GAP dan Levi’s.
Memang terkenal dengan kecantikannya, Ella sekali lagi buat orang ramai terpegun apabila ibunya telah memuat naik gambar ID (passport) milik anak perempuannya itu. Dalam setting normal pun, memang tak boleh cover iras wajahnya yang sempurna itu.