Bukan senang program hiburan Korea mampu bertahan dalam pasaran yang kian mampat kini.

Menurut MBC, program “Unexpected” akan menamatkan tayangan pada 30 Julai ini selepas hanya sebulan bersiaran dengan 8 episod tayangan.
Malah ianya ditamatkan lebih awal daripada program seperti “Between Each Other” (17 episod) dan “Dopojarak” (10 episod) yang turut bersiaran dalam slot yang sama sebelum ini.
Bukan itu sahaja, rancangan itu hanya mampu mencapai rating bawah 1% sejak awal tayangannya. Memang angka rating bukanlah segalanya kini namun ianya agak ketinggalan jika dibandingkan dengan rating “Running Man” yang disiarkan dalam slot yang sama iaitu 4% ke 5%.
Bukan itu sahaja, klip “Running Man” dan “Beat Coin” berjaya meraih tontonan sebanyak ratusan ribu namun “Unexpected” hanya menerima tontonan sebanyak ribuan sahaja.
Hmmm.. mungkin konsepnya kurang menarik minat penonton?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.