Setelah beberapa minggu bersiaran, akhirnya drama “Cinderella At 2 AM” sudah pun melabuhkan tirai kelmarin.
Dalam episod terakhir ini, Seo Joo-won (Moon Sang-min) dan Ha Yoon-seo (Shin Hyun-bin) berjaya melangkaui perbezaan mereka dan berkahwin sebagai bukti cinta yang mendalam.
Untuk episod kalu ini, drama berkenaan mencatatkan kenaikan kepada purata rating keseluruhan sebanyak 0.6% untuk episod akhir siri tersebut sekaligus gagal melawan rekod terbaik iaitu 0.8%.
Walaupun ramai yang meminati drama romantik, namun “Cinderella At 2 AM” gagal menarik perhatian ramai dan hanya mampu berpuas hati dengan rating dalam lingkungan 0% sahaja sepanjang tayangan.
Korang layan tak?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.