Bukan sahaja dah semakin ‘hilang’ nama dalam industri, beberapa harta milik Kim Soo-hyun juga telah dirampas disebabkan kontroversinya melibatkan mendiang Kim Sae-ron.
Menurut kenyataan yang dikongsi oleh peguam Kim Soo-hyun, salah satu apartmen miliknya telah disita oleh syarikat kosmetik dan penjagaan kulit ‘Classys’.
Khususnya, pelakon itu telah membeli tiga unit kompleks pangsapuri mewah di Galleria Forêt dan salah satunya terpaksa dirampas selepas dia gagal membayar balik kira-kira 3 bilion KRW yuran penalti, berikutan skandalnya dengan Kim Sae-ron.
Hal ini kerana, syarikat pengiklanan yang menandatangani kontrak dengan Kim Soo-hyun telah menderita dari segi kewangan akibat situasi tersebut dan menganggap bahawa lelaki itu harus bertanggungjawab sepenuhnya.
Namun, penasihat undang-undang Kim Soo-hyun menyatakan bahawa rampasan apartmen itu adalah tidak wajar kerana dia adalah mangsa saluran YouTube Institut Garo Sero dan laporan jahat Kim Se-ui.
Untuk pengetahuan, Kim Soo-hyun memiliki sejumlah tiga hartanah Galleria Forêt yang dibeli pada 2013, 2014 dan 2025. Diketahui bahawa jenama ‘Classys’ telah meletakkan lien pada unit pertama yang dibelinya.