Ikuti Kami:

Gaeko DYNAMIC DUO Beri ‘Hint’ Lancar Lagu Terbaru, Rahsia Identiti Artis Gandingan

Gaeko DYNAMIC DUO Beri ‘Hint’ Lancar Lagu Terbaru, Rahsia Identiti Artis Gandingan

Sesiapa pun pasti mengenali duo unik yang sering menghasilkan karya-karya hebat, siapa lagi kalau bukan Dynamic Duo yang bernaung di bawah Amoeba Culture. Terbaru, salah seorang daripada duo tersebut, Gaeko bakal rilis satu lagu terbaru!

Gaeko sebelum ini sudah melancarkan beberapa lagu hebat bersama gandingannya, Choiza termasuk turut melakukan kolaborasi bersama beberapa lagi artis terkenal sehingga berjaya memenangi anugerah seperti Album Hip Hop Terbaik, Kolaborasi Terbaik serta pelbagai lagi anugerah Hip Hop.

Terbaru, agensi nya Brand New Music telah memuat naik satu imej fail yang tertera nama Gaeko sehingga rata-rata peminat juga berteka-teki mengenai rilis lagu terbaru tersebut.

gaeko

Jika dilihat pada imej fail berkenaan, terdapat kapsyen “Projek Gaejaksil” dan “Feat. ???”, yang jelas sekali menimbulkan rasa ingin tahu. Dalam imej fail tersebut, nama Gaeko turut tertera pada fail dan tajuk lagu “Even In My Eyes” yang diterjemahkan secara literal daripada perkataan (“눈에넣어도”). Terdapat juga tarikh bagi rilis lagu tersebut iaitu pada 3 Mei akan datang dan masa rilis ialah pada jam 6PM.

Perkataan “Gaejaksil” adalah singkatan bagi “Music Started from Gaeko’s Studio” di dalam bahasa Korea. Di bawah Projek Gaejaksil itu, Gaeko sebelum ini telah melancarkan lagu “Vacation” yang telah menampilkan SOLE, “Cold” yang menampilkan Heize, dan juga “I Feel Like” yang menampilkan Kwon Jin Ah.

gaeko

Rata-rata daripada kalangan peminat amat menantikan keluaran dari Gaeko, malah mereka sudah mula berteka-teki mengenai artis yang bakal menjadi gandingannya buat rilis lagu pada kali ini.

Cuba korang teka siapa artis gandingan Gaeko?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...