Ikuti Kami:

Gadis Dambakan Kasih Sayang & Lelaki Tolak Cinta, Episod Pertama ‘Nevertheless’ Catat Rating Biasa

Gadis Dambakan Kasih Sayang & Lelaki Tolak Cinta, Episod Pertama ‘Nevertheless’ Catat Rating Biasa

Akhirnya selepas lama menanti, drama cinta hyper-realistik “Nevertheless” telah pun menemui penonton baru-baru ini.

Sinopsis

Diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama, ia membawa kisah seorang wanita bernama Yoo Na-bi (Han So-hee), yang mahu bercinta tapi tidak percayakan cinta dan seorang lelaki bernama Park Jae-eon (Song Kang) yang merasakan hubungan cinta adalah menyusahkan namun ia tidak menghalangnya untuk memikat ramai wanita.

jtbc nevertheless

Permulaan mengundang pelbagai perasaan

Yoo Na-bi sedar bahawa dia sendiri memasuki perangkap apabila melayan godaan Park Jae-eon. Walaupun lebih junior namun lelaki itu dikenali si serata kampus dek perangai ‘buaya’ dan langsung tidak mempunyai keinginan untuk bercinta dengan serius.

Namun apabila bersama dengannya, Yoo Na-bi berasa adrenalin memenuhi seluruh tubuhnya dan merasakan kehangatan rasa cinta. Bahkan Park Jae-eon membawa gadia itu mengenali segala selok-belok percintaan yang membahayakan namun menghairahkan dalam masa yang sama dan Yoo Na-bi tidak mampu menafikan keinginan di hatinya.

Disebabkan oleh lumrah cerita ini, “Nevertheless” menampilkan realiti sebenar hubungan anak muda di Korea. Kerana itulah, ianya dipenuhi dengan banyak babak mengasyikkan.

jtbc nevertheless

Rating biasa

Episod awal “Nevertheless” nampaknya hanya mampu meraih rating biasa iaitu 2.2%. Walaubagaimanapun penonton memuji sinematografi yang indah kampus yang dipaparkan di dalam drama itu.

Malah mereka menyukai keserasian yang ditampilkan oleh Song Kang dan Han So-hee, memang padan sangat keduanya. Tapi sayangnya, ramai yang mempersoalkan sebab naskhah ini hanya ditayangkan sekali seminggu. Namun disebabkan oleh keseluruhan ceritanya ialah 10 episod sahaja, maka pengarah memilih untuk menayangkan sekali saban minggu bagi kepuasan penonton.

Peringatan untuk korang, “Nevertheless” tayang di Korea pada hari Sabtu namun episod baru keluar di Netflix pada keesokan harinya iaitu Ahad. Jangan tersilap tahu!

Siapa yang dah menonton, okay tak plot drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...