Ikuti Kami:

Gabungan Misteri & Romantik, Episod Awal ‘Link: Eat, Love, Kill’ Raih Rating Baik

Gabungan Misteri & Romantik, Episod Awal ‘Link: Eat, Love, Kill’ Raih Rating Baik

Teruja betul dapat lihat Moon Ga-young dan Yeo Jin-goo bergandingan kan?

Sinopsis

“Link: Eat, Love, Kill” ialah drama mengenai seorang lelaki yang mula merasai pelbagai emosi dilalui seorang wanita. Drama ini akan mengikuti kisah yang terurai apabila dia mula melalui pengalaman gembira, sedih dan sakit bersama wanita itu.

Episod awal menyeronokkan

[Amaran SPOILER]

Bagaimana sekiranya ada orang lain yang mampu merasai perasaan anda? Eun Gye-hoon (Yeo Jin-goo) pada satu hari mula merasai perasaan seorang wanita bernama Ji-hwa (Moon Ga-young). Malah dia mendapat tahu bahawa wanita itu mengalami kesakitan yang lain daripada biasa selepas insiden pada satu malam ini.

tvn link: love eat kill

Rupanya Ji-hwa dibelenggu gangguan daripada seorang ‘stalker’ yang memberitahu bahawa mereka bercinta pada semua orang dan mula bertindak ganas apabila wanita itu menolak cintanya. Kejadian itu melarat ke kejadian di mana Ji-hwa tanpa sengaja terbunuh lelaki tersebut semasa sedang bergelut.

Insiden itu nyata meninggalkan impak yang besar di dalam hidup Ji-hwa dan Gye-hoon.

tvn link: love eat kill

Rating baik

Untuk episod awal ini, “Link: Eat Love Kill” berjaya meraih perhatian yang baik dari penonton. Bahkan rating yang diperolehinya untuk episod awal ini mencatatkan angka sebanyak 3.1% dan 3% iaitu satu catatan yang baik buat drama yang baru disiarkan.

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...