Ikuti Kami:

Gabungan Mantap, Park Bogum & Kim Sohyun Sah Terajui Drama Aksi Komedi ‘Good Boy’

Gabungan Mantap, Park Bogum & Kim Sohyun Sah Terajui Drama Aksi Komedi ‘Good Boy’

Gandingan pelakon yang menarik!

Pada 11 Januari, telah disahkan bahawa Park Bo-gum dan Kim So-hyun akan membintangi drama baharu JTBC, “Good Boy”.

Drama “Good Boy” diarahkan oleh pengarah “The Good Bad Mother”, mengikuti kisah pemenang pingat pertandingan antarabangsa dari pelbagai kategori sukan, yang diambil bekerja khas oleh kerajaan sebagai pasukan polis.

drama good boy

Dalam drama ini, Park Bo-gum akan memainkan watak Yoon Dong-ju, seorang pemenang pingat emas tinju Olimpik seterusnya, diambil menjadi pegawai polis rekrut khas Olimpik. Manakala Kim So-hyun pula memegang watak Hanna iaitu pemenang pingat emas menembak Olimpik yang dinobatkan sebagai ‘dewi menembak’, dan menjadi popular berkat kecantikannya yang menakjubkan.

Dalam pada itu, drama aksi komedi ini dijangka bakal ditayangkan pada separuh kedua tahun ini.

Tak sabarnya nak tengok!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...