Poster bagi drama “The Forbidden Marriage” kini sudah disiarkan!
Drama “The Forbidden Marriage” yang bakal dilakonkan oleh Kim Young-dae, Park Ju-hyun, Kim Min-ju IZ*ONE, semestinya berjaya meraih perhatian peminat K-Drama. Kim Young-dae yang bakal membawa watak sebagai Raja Yi-heon yang mulai putus asa selepas kematian isterinya dan akhirnya melarang sebarang perkahwinan di kerajaannya. Tujuh tahun selepas kematian isterinya, yang dilakonkan oleh Kim Min-ju IZ*ONE, dia kemudian terserempak dengan seorang penipu bernama So Rang yang dilakonkan oleh Park Ju-hyun yang mendakwa dirinya telah dirasuk oleh mendiang isterinya.
Kesemua pelakon juga dijangkakan untuk memberi gandingan yang unik dan dinamik kerana pelakon, Kim Woo-seok juga akan tampil membawa watak sebagai pegawai Uigeumbu, Lee Shin-won.
Drama “The Forbidden Marriage” ini dijangka akan mula ditayangkan pada 9 Disember akan datang.
Tak sabar ni guys!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.