Ikuti Kami:

Gabung Fantasi Roh Berkeliaran & Misteri Cari Mayat Hilang, Sebab Rating ‘Missing: The Other Side’ Makin Menaik

Gabung Fantasi Roh Berkeliaran & Misteri Cari Mayat Hilang, Sebab Rating ‘Missing: The Other Side’ Makin Menaik

Nampaknya pertaruhan Go Soo memilih untuk kembali dalam drama genre mistik ternyata berjaya apabila “Missing: The Other Side” mampu menarik minat penonton dengan elemen misterinya yang unik.

Drama fantasi misteri ini berlatar belakangkan sebuah perkampungan yang dihuni oleh roh yang hilang ketika mereka masih lagi hidup. Bagi membongkar misteri ini, sekumpulan individu telah berkumpul bagi mencari mayat yang hilang dan cuba mencari tahu nasib mereka sebelum dibawa ke sana.

Kim Wook (Go Soo) seorang penipu telah bergabung tenaga dengan Jang Pan-seok (Heo Joon-ho) dan merentasi jambatan di antara dunia nyata dan perkampungan misteri itu. Lee Jung-ah (Ahn So-hee) pula menjalani dua kehidupan yang berbeza iaitu seorang pekerja kerajaan normal pada siangnya dan berubah menjadi penggodam apabila malam menjelma. Dengan bakat yang ada, wanita itu membantu Kim Wook menyelesaikan segala misteri yang ada.

Sebab kenapa penonton tak beralih mata langsung apabila menonton drama ini:

1. Sinergi Go Soo dan Heo Joon-ho

missing: the other side

Walaupun drama ini dibarisi ramai pelakon yang hebat tetapi pengambilan pelakon veteran seperti Go Soo dan Heo Joon-ho telah menarik perhatian ramai sebelum ia ditayangkan lagi.

Membawa watak Kim Wook iaitu seorang penipu yang mampu melihat roh si mati, ianya ternyata berbeza dengan wataknya sebelum ini yang lebih profesional dan serius. Menerusi “Missing: The Other Side”, lelaki itu menonjolkan versatilitinya sebagai pelakon dengan membawa karakter komik dan kelakar. Jang Pan-seok pula dilakonkan oleh Heo Joon-ho di mana dia ialah penjaga misteri kepada perkampungan tersebut. Meskipun nampak mengerikan pada awalnya tetapi dia sebenarnya adalah seorang yang pendiam dan merupakan watak seperti figura ayah.

Dek personaliti watak ini yang berbeza, Go Soo dan Heo Joon-ho membawa tawa kepada penonton dengan percakaran kekanakan mereka dan melegakan sedikit tekanan mencari mayat yang hilang. Sinergi ini tidak disangkap berjaya menghidupkan lagi drama ini selain menonjolkan sisi lain kedua pelakon hebat tersebut.

2. Drama dengan ‘genre’ baru

missing: the other side

“Missing: The Other Side” ialah kombinasi genre misteri dan fantasi tetapi penonton memanggilnya sebagai ‘genre penyembuhan yang dibuat dengan baik’. Ini kerana, meskipun bergenre fantasi tetapi drama ini mampu menonjolkan emosi manusia yang jujur selin keseronokan dalam setiap watak yang membarisi naskhah ini. Dengan dua episod sahaja, ia sudah diuji ramai dek gabungan kemanusiaan dan misteri selain menyentuh perasaan, mengujakan dan menyegarkan dalam satu ramuan yang sama.

Sebagai contoh, dalam episod 2, Kim Wook dan Jang Pan-seok bekerjasama untuk menyelesaikan satu kes kehilangan. Walaupun penonton tergelak melihat pergaduhan di antara mereka namun apabila kedua lelaki itu mula mengejar penjenayah, semua orang mula tak senang duduk. Lagi pula, babak di mana seorang kanak-kanak yang hilang menemui ibunya melengkapi kesemua galur emosi bermula daripada tawa, debaran sehingga ke tangisan.

3. Sinematografi, muzik dan arah artistik

missing: the other side

Kunci utama bagi sebuah drama fantasi adalah untuk memastikan penonton menjiwai latar belakang yang unik itu. Sinematografi dan pembawaan “Missing: The Other Side” berjaya menangkap kecantikan dunia fantasi di Duon, perkampungan yang dihuni oleh roh berkeliaran. Efek grafik yang menggambarkan apabila roh itu ghaib semasa mayat mereka dijumpai turut menerima pujian daripada penonton. Malahan sudut kamera yang diaplikasikan juga mampu merakamkan emosi setiap karakter dengan sebaiknya selain muzik latar yang sesuai dengan setiap situasi membuatkan penonton terus tenggelam dengan cerita ini.

Lebih hebat kerana “Missing: The Other Side” terus mencipta rekod baru pada setiap episod apabila ratingnya terus meningkat. Mula hanya dengan rekod 1.657% tetapi bagi episod terbaru ini (episod ke-4), ianya sudah pun melepasi garisan 3% iaitu 3.49%.

Jangan lupa saksikan “Missing: The Other Side” setiap Sabtu dan Ahad di OCN!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...