Ikuti Kami:

G-Dragon Putuskan Hubungan Selepas Dikritik Biar Kim Soohyun Dalam Program ‘Good Day’?

G-Dragon Putuskan Hubungan Selepas Dikritik Biar Kim Soohyun Dalam Program ‘Good Day’?

Adakah G-Dragon cuba menjauhkan diri dari Kim Soo-hyun sejak kontroversinya?

Terbaru, G-Dragon memuat naik video bersama mesej ringkas “Tak mengapa” di akaun peribadinya. Dalam video tersebut, lelaki iti dilihat tersenyum lebar sambil menikmati irama dengan penuh semangat.

Sebelum itu, sebuah akaun Taiwan yang melaporkan berita hiburan Korea menjalankan undian mengenai sama ada Kim Soo-hyun, yang muncul dalam rancangan MBC “Good Day”, patut berundur daripada rancangan tersebut. Pilihan undian termasuk, “G-Dragon nampaknya berada dalam situasi sukar,” “Kami berharap dia akan berundur daripada program,” dan “Kami berharap dia akan bersara daripada industri hiburan.”

G-Dragon pada mulanya menekan ‘suka’ pada siaran tersebut, menyebabkan beberapa netizen membuat spekulasi bahawa G-Dragon mungkin memutuskan hubungan dengan Kim Soo-hyun berikutan kontroversi itu. Apabila berita ini tular secara dalam talian, G-Dragon kemudian membatalkan tindakannya dengan membatalkan ‘suka’ tersebut, seolah-olah sedar akan kontroversi yang sedang berlaku.

mbc good day

Dalam perkembangan yang sama, pihak produksi “Good Day” menyatakan melalui saluran rasmi bahawa mereka menyedari betapa seriusnya kontroversi tersebut dan akan memantau reaksi penonton sebagai keutamaan. Mereka juga telah memutuskan untuk menyunting sebanyak mungkin bahagian yang melibatkan Kim Soo-hyun dalam rancangan tersebut.

Di pihak lain, Kim Soo-hyun terlibat dalam kontroversi kerana didakwa menjalinkan hubungan dengan mendiang Kim Sae-ron, yang dikatakan berlaku sejak tahun 2015 selama kira-kira enam tahun. Pada masa itu, Kim Sae-ron dipercayai berusia 15 tahun, seorang bawah umur namun dinafikan agensinya dan menyatakan mereka bercinta ketika mendiang bercinta selepas dia meningkat dewasa.

Pun begitu, pihak keluarga mendiang Kim Sae-ron dilaporkan akan melakukan forensik digital ke atas telefon pintar mendiang untuk membuktikan hubungan mereka pada masa lalu.

Nantikan maklumat lanjut kes ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TV Report

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...