Pada 18 Ogos hari ini, G-Dragon telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36.
Melihat hantaran yang dikongsi rakan artis, G-Dragon sepertinya telah mengadakan parti hari jadinya pada malam semalam, yang dihadiri hanya kenalan rapat.
Menerusi Instagram Story, Lee Min-ho turut dijemput ke majlis itu dan telah memuat naik swafoto mesra yang diambil bersama penyanyi “Crooked” itu.
#leeminho spotted at #GDragon ‘s Birthday Party 🎂🎁🎊🥳🍾 he met Eve Chow outside. He was well 😍🫰😘@ActorLeeMinHo pic.twitter.com/syx5Z241fl
— h. leg (@HacinaLegr66028) August 17, 2024
Malahan dalam foto lain yang dikongsi, antara selebriti yang turut menghadiri parti itu adalah Daesung, Jeon So-mi dan ramai lagi rakannya yang bukan selebriti.
Meriah betul!