Ikuti Kami:

G-Dragon BIG BANG Beri Sokongan Pada Abang Ipar, Kim Minjoon Dengan Tonton Drama ‘Was It Love?’

G-Dragon BIG BANG Beri Sokongan Pada Abang Ipar, Kim Minjoon Dengan Tonton Drama ‘Was It Love?’

Dengar cerita ramai teruja menunggu drama terbaru Song Ji-hyo iaitu “Was It Love?” yang bersiaran menerusi saluran JTBC. Tapi tahukah anda bahawa salah seorang pelakon lelaki utama dalam drama itu iaitu Kim Min-jun merupakan abang ipar kepada penyanyi popular iaitu G-Dragon?

Nampak macam bukan stail yang suka tengok drama tapi kakak kepada ahli BIG BANG, Kwon Da-mi ini berkongsi bahawa adiknya itu turut memberikan sokongan kepada drama tersebut dek abang iparnya dengan menghantar bukti kepadanya.

Pada awalnya Kwon Da-mi berkongsi gambar suaminya Kim Min-jun di dalam drama tersebut semasa episod pertamanya sedang bersiaran dengan kapsyen,

Suami saya (hati), berusaha!

g-dragon sokong drama was it love?

Dalam entri lain, wanita itu berkongsi pula perbualan dengan G-Dragon yang rupanya dalam masa yang sama sedang menonton drama “Was It Love?” itu. Kwon Da-mi nyata tidak dapat menyorok perasaan gembira dan mengucapkan terima kasih kepada adik lelakinya itu.

Terima kasih sebab menonton, anak lelaki saya yang cantik!

Seronok betul melihat hubungan baik di antara keluarga baru ini. Tak sangka G-Dragon dalam diam turut memberikan sokongan padu kepada abang iparnya itu.

Anda juga jangan lupa untuk menonton “Was It Love?” di saluran JTBC dan Netflix setiap Rabu dan Khamis!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...