Pelakon yang baik ialah pelakon yang boleh membawa semua watak dengan baik tanpa mengelirukan penonton.
Sekian lama tidak berlakon drama bersejarah, peminat K-Drama berharap agar Song Ji-hyo dan Jeon So-min akan kembali menerajui drama saeguk selepas melihat imej mereka berpakaian tradisional dalam episod “Running Man” yang lalu.
Malah pihak SBS sendiri membuat entri asing bagi menyambut permintaan peminat itu di laman rasmi saluran berkenaan,
Walaupun hanya memakai pakaian untuk berhibur, tapi kenapa mereka nampak sesuai sangat.
Bagi yang tidak mengetahui, Song Ji-hyo pernah membintangi naskhah saeguk seperti “Jumong”, “Frozen Flower”, “The Fugitive Of Joseon” dan banyak lagi. Manakala Jeon So-min pula dalam drama “More Than Maids”.
Cantik kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.