Ikuti Kami:

Kongsi Klip Pembacaan Skrip ‘The Penthouse 2’, Netizen Gelabah Tak Nampak Kelibat Lee Jiah

Kongsi Klip Pembacaan Skrip ‘The Penthouse 2’, Netizen Gelabah Tak Nampak Kelibat Lee Jiah

Bakal ditayangkan pada 19 Februari ini, rasanya ramai yang teruja menantikan musim kedua “The Penthouse”.

Berlatarbelakangkan kondominium penthouse mewah dengan 100 tingkat, drama ini membawa kisah konflik di antara tiga wanita: Shim Soo-ryeon (Lee Ji-ah) yang lahir dalam keluarga kaya dan merupakan ‘permaisuri’ di penthouse tersebut, Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) iaitu ‘primadona’ yang sombong dan kaya di penthouse tersebut dan Oh Yoon-hee (Eugene) yang lahir dalam kancah kemiskinan tetapi berusaha keras untuk memasuki dunia kelas atasan untuk memastikan hidup yang baik untuk anak perempuannya.

Bagi menaikkan lagi jangkaan penonton, pihak produksi “The Penthouse” telah memuat naik gambar para pelakon utama drama itu ketika aktiviti pembacaan skrip untuk musim keduanya.

sbs the penthouse 2

Daripada gambar tersebut, anda dapat melihat kehadiran Kim So-yeon, Eugene, Uhm Ki-joon, Yoon Jong-hoon, Bong Tae-gyu, Park Eun-seok, Shin Eun-kyung, Yoon Joo-hee dan Ha Do-kwon.

Yang menjadi persoalan ramai ialah mengapa Lee Ji-ah tidak kelihatan dalam gambar tersebut. Melihatkan kematiannya pada episod terakhir musim pertama, ramai yang berharap agar watak Shim Su-ryeon bakal membuat ‘comeback’ mengejutkan dalam musim terbaru ini.

lee jiah the penthouse

Namun rata-ratanya meluahkan rasa kecewa kerana foto ini sepertinya memberi gambaran bahawa watak itu berkemungkinan besar tidak akan menyapa penonton lagi.

Apa pun, ini hanyalah spekulasi sahaja. Semoga Shim Su-ryeon kembali untuk membalas dendam!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...