Ikuti Kami:

Foto ‘Curang’ Ahn Jaehyun Rupanya Daripada Tahun 2012, Sebelum Kenal Gu Hyesun Lagi

Foto ‘Curang’ Ahn Jaehyun Rupanya Daripada Tahun 2012, Sebelum Kenal Gu Hyesun Lagi

Ramai kini mungkin sedang menantikan apakah kebenaran mengenai kemelut rumah tangga di antara Ahn Jaehyun dan Gu Hyesun. Terlampau banyak khabar angin dan tuduhan yang dikeluarkan sehingga ramai tak pasti mana satu yang sahih.

Beberapa hari lepas, Gu Hyesun telah memuat naik sekeping foto di laman Instagramnya. Kebanyakan netizen membuat spekulasi bahawa gambar seseorang yang hanya mengenakan jubah mandi di dalam bilik hotel itu merupakan bukti kepada kecurangan Ahn Jaehyun dan telah dikemukan kepada mahkamah untuk proses penceraian mereka. Kalau anda ingat, pelakon wanita itu pernah menuduh suaminya mempunyai skandal dengan seorang heroin yang berlakon dalam drama yang sama. Pada masa itu, dia menyatakan bahawa dia mempunyai gambar mereka berpakaian jubah mandi di dalam sebuah bilik hotel.

gu hyesun muat naik gambar ahn jaehyun curang

Walaubagaimanapun sebuah kumpulan media iaitu Dispatch telah meluangkan masa dan menyelidik dengan lebih mendalam mengenai gambar itu. Pada mulanya Dispatch mengagak bahawa logo “W” pada jubah mandi itu dipunyai oleh hotel dibawah jenama Walkerhill. Namun pihak Vista Walkerhill di Seoul telah menafikan tebakan itu dan menyatakan semua jubah mandi yang digunakan di hotel mereka berwarna kelabu dan mereka tak pernah langsung menggunakan jubah mandi berwarna putih.

Menurut sumber ini, Vista Walkerhill telah dibuka semula pada April 2017 selepas pembentukan semula. Sebelum ditutup sementara, hotel itu telah beroperasi di bawah nama Hotel W dan pada ketika itu jubah mandi mereka berwarna merah gelap. Atas informasi ini, Dispatch membuat konklusi bahawa gambar yang dimuat naik oleh Gu Hyesun bukanlah ditangkap di hotel dalam negara.

Selepas diselongkar lagi, Dispatch menjumpai logo yang sama digunakan oleh Hotel W Sentosa di Singapura. Mereka juga telah mendapatkan pengesahan daripada peguam Ahn Jaehyun sendiri mengenai hal ini.

jubah mandi ahn jaehyun semasa ke singapura pada 2012

“Selepas menyelidik rekod perjalanan Ahn Jaehyun, kami dapat mengesahkan bahawa dia pernah melancong ke Singapura pada 30 Disember 2012 dan turut menginap di Hotel W Singapura. Ini adalah dua tahun sebelum dia berjumpa dengan Gu Hyesun.”

Namun begitu, identiti sebenar individu yang memakai jubah mandi dalam gambar yang dimuat naik oleh Gu Hyseun itu masih belum dikenal pasti. Jika benar gambar itu telah diambil pada penghujung tahun 2012, maknanya ia adalah dua tahun sebelum Ahn Jaehyun mengenali Gu Hyesun di set penggambaran drama “Blood” pada tahun 2015.

Sumber: Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...