Ikuti Kami:

“Fokus Dengan ‘Running Man’ Lah..” – Kenapa Haha Marah Kim Jongkook?

“Fokus Dengan ‘Running Man’ Lah..” – Kenapa Haha Marah Kim Jongkook?

Semakin lama, semakin ramai yang terus bertanya mengenai kisah peribadi Kim Jong-kook.

Terbaru, lelaki itu telah menghadiri sidang media program “Couple Place” di mana dia merupakan salah satu ahli panel. Ianya membawa kisah di mana semua yang nampak normal, namun sebenarnya sering berfikiran mengenai perkahwinan dan boleh memahami mengenai realitinya menerusi rancangan ini.

Ditanya mengapa mahu menyertai program ini meskipun tiada pasangan,

Saya sendiri yang meminta pihak produksi untuk memberikan nombor buat saya. Saya juga terus teringin untuk menyertainya serta-merta.

kim jongkook

Dalam pada itu, isu perkahwinan Kim Jong-kook menjadi bualan hangat baru-baru ini apabila dia menjawab dengan jujur semasa “2023 SBS Entertainment Awards”. Jawabnya,

Saya mahu berkahwin dan akan melakukannya. Saya akan melakukan secepat mungkin.. akan buat. patut buat. Tak pasti bila tapi sepantas mungkin.

Walau bagaimanapun selar Haha,

Dia dah bercakap selama 20 tahun mengenai hal ini. Yoo Jae-suk pun dah putus asa. Saya berharap awak kahwin cepat demi anak-anak nanti. Lepas tu, boleh fokus lebih dengan ‘Running Man’.

Semoga ada jodohnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...