Ikuti Kami:

Fokus Bab Kecantikan, Kim Minju & Dara Jadi MC Program ‘Get It Beauty Talk+’

Fokus Bab Kecantikan, Kim Minju & Dara Jadi MC Program ‘Get It Beauty Talk+’

Program kecantikan asal “Get It Beauty” versi diubahsuai, akan datang ke tvN D Studio mulai minggu ini!

Versi digital “Get It Beauty” yang serba baharu akan dibahagikan kepada dua segmen: “Get It Beauty Talk+” dan “Get It Beauty Clean”. Kedua-dua segmen ini akan dihoskan oleh duo MC yang cantik, Kim Min-ju dan Dara!

Semua orang yang ingin lebih tahu mengenai kecantikan, mesti tonton program ini kerana pertama, “Get It Beauty Talk+” akan menampilkan pelbagai tetamu istimewa daripada bidang kepakaran yang unik, membincangkan peranan kecantikan dalam bidang masing-masing. Kedua, “Get It Beauty Clean” memperkenalkan penonton kepada produk mesra alam dan mengajar cara untuk lebih peka terhadap alam sekitar semasa menggunakan barangan kecantikan.

Episod pertama “Get It Beauty+” dan “Get It Beauty Clean” akan keluar pada 16 Disember, hari ini, jam 6 petang melalui YouTube rasmi tvN D Studio!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...