Ikuti Kami:

‘Flower Of Evil’ Catat Rating Terbaik, Penonton Gigit Jari Lihat Diri Baek Heesung Sebenar & Nasib Do Hyunsoo

‘Flower Of Evil’ Catat Rating Terbaik, Penonton Gigit Jari Lihat Diri Baek Heesung Sebenar & Nasib Do Hyunsoo

Makin dah nak sampai penamat, makin berdebar nak saksikan kesudahan di antara nasib Do Hyun-soo (Lee Jun-ki) dan nasibnya yang berbelit-belit.

“Flower Of Evil” ialah sebuah thriller penuh saspens mengenai Do Hyun-soo (Lee Jun-ki) yang menyembunyikan kisah lampaunya dan berpura-pura mencintai isterinya, Cha Ji-won (Moon Chae-won). Apabila wanita itu yang merupakan seorang detektif mula mengesyaki bahawa suaminya mungkin adalah seorang pembunuh bersiri, pasangan tersebut kini diheret ke lembah kebenaran yang mendebarkan.

flower of evil

[Amaran SPOILER]

Selepas Baek Hee-sung (Kim Ji-hoon) sebenar bangun daripada koma yang panjang, semakin banyak pelan jahat yang dirancangnya. Siapa sangka bahawa lelaki itu sendiri merupakan psiko yang sering membunuh orang sebelum tidur panjangnya. Bahkan dia sanggup menyalahkan orang lain atas kesalahannya itu.

Melihatkan kepada sedutan episod akan datang, nampak gayanya Baek Hee-sung kini sedang mencuba untuk meletakkan satu kesalahan pada Do Hyun-soo. Sepertinya tiada penghujung kepada kesusahan yang dihadapi oleh Do Hyun-soo. Tapi penonton rata-ratanya lega kerana Cha Ji-won kini sudah mempercayai suaminya.

flower of evil

Melihatkan bagaimana Do Hyun-soo dilayan semasa remaja, dituduh mempunyai roh jahat selain dipaksa melalui ritual pembuangan pengaruh jahat oleh seluruh kampung, tak pelik kenapa lelaki itu menjadi seperti itu.

[SPOILER Tamat]

Mungkin disebabkan plot yang kian mendebarkan, rating untuk episod 12 “Flower Of Evil” telah merekodkan catatan terbaik untuk drama tersebut sepanjang tayangannya. Bukan sahaja tertinggi malah rekod 4.729% itu menandakan pertama kali drama tersebut melepasi garisan rating 4%. Seronoknya!

flower of evil

Jangan lupa untuk kekal menonton “Flower Of Evil” sehingga ke penamatnya iaitu pada 23 September nanti tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...