Ikuti Kami:

“First Time Dalam K-Drama..” – Penonton Terkejut Lihat Kelibat Pocong Dalam ‘Start-Up’

“First Time Dalam K-Drama..” – Penonton Terkejut Lihat Kelibat Pocong Dalam ‘Start-Up’

“Start-Up” sesungguhnya merupakan drama Korea yang terpaling ‘hot’ sekali sekarang ini.  Bukan sahaja disebabkan pelakonnya yang hebat malah dek plot bisnes ‘start-up’ dan cinta tiga segi yang nyata membuatkan penonton tak senang duduk.

Sentiasa ‘trending’ setiap kali tayangan, baru-baru ini drama lakonan Suzy, Kim Seon-ho dan Nam Joo-hyuk ini meniti di bibir peminat Indonesia dan Malaysia kerana satu babak yang menyeramkan. Eh?

Siapa sangka hantu yang popular di negara nusantara ini iaitu ‘pocong’ telah membuat kemunculan istimewa dalam drama “Start-Up”. Tak sangka hantu yang terkenal kerana dibaluti kain putih itu kini dah mencecah sehingga ke peringkat global. Dahsyat!

Mungkin hanya sekadar props ataupun papan tanda yang terselindung, namun tiada siapa yang tahu ‘identiti’ sebenar pada penampakan pocong itu. Tapi yang pastinya, tajam betul mata netizen Indonesia yang berjaya mengecam sosok pocong tersebut.

‘Pocong’ pun dah jumpa Suzy dengan Nam Joo-hyuk, korang bila lagi?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...