Ikuti Kami:

Filem Thriller Seram Temukan Dua Wanita Dari 1999 & 2019, ‘Call’ Tayang Di Netflix 27 November Ini

Filem Thriller Seram Temukan Dua Wanita Dari 1999 & 2019, ‘Call’ Tayang Di Netflix 27 November Ini

Nampak gayanya, filem thriller seram “Call” yang dilakonkan oleh Park Shin-hye dan Jeon Jong-seo bakal menemui penonton di laman penstriman Netflix pada 27 November nanti.

Membawa kisah Seo-yeon (Park Shin-hye) yang berada pada tahun 2019 tanpa sengaja berhubung dengan seorang wanita pada masa yang lepas (1999) iaitu Young-sook (Jeon Jong-seo). Mulanya gembira, namun semuanya berubah apabila wanita daripada masa lepas itu ‘menggila’ dan sanggup melakukan apa sahaja supaya dapat mengubah masa depannya.

Kalau anda nak tahu, “Call” sebenarnya patut ditayangkan di pawagam tempatan Korea pada Mac lepas namun terpaksa membatalkan niat tersebut kerana wabak COVID-19 yang melumpuhkan pelbagai premis hiburan.

filem korea 'call' netflix

Selepas Netflix mengesahkan berita tersebut, produksi filem ini turut memberikan kenyataan bagi pihak mereka.

Saya tak sabar untuk memperkenalkan ‘Call’ kepada penonton seluruh dunia di mana kita berada dalam era yang mampu menyampaikan cerita baik dalam pelbagai medium.

Bukan sahaja ada Park Shin-hye dan Jeon Jong-seo malah filem ini turut dihiasi dengan pelakon hebat seperti Kim Sung-ryung dan Lee El.

Nantikan filem seram ini hanya di Netflix pada 27 November nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...