Ikuti Kami:

Filem ‘Seoul Ghost Story’ Lakonan Jung Wonchang, Arin, Shownu & Ramai Lagi Umum Tarikh Tayangan

Filem ‘Seoul Ghost Story’ Lakonan Jung Wonchang, Arin, Shownu & Ramai Lagi Umum Tarikh Tayangan

Filem “Seoul Ghost Story” telah mengesahkan tarikh tayangan perdananya!

Bagi yang belum tahu, “Seoul Ghost Story” ialah filem seram gaya omnibus yang mengisahkan tentang hantu pada zaman moden dengan cerita yang berbeza. Ia menceritakan tentang kengerian kehidupan seharian yang jelas yang boleh ditemui dengan mudah di tempat biasa seperti bunyi bising atas lantai, perabot terpakai, peragawati dan media sosial.

“Seoul Ghost Story” akan dibintangi oleh pelakon hebat Kim Do-yoon, Lee Young-jin, Lee Soo-min, Lee Yul-em dan Jung Won-chang. Bukan itu sahaja, filem ini turut diterajui oleh idola K-Pop seperti Arin OH MY GIRL, Shownu MONSTA X, Hak-nyeon THE BOYZ, Jae-hyun GOLDEN CHILD, Min-hyuk BTOB, SeolA dan Exy WJSN, Ji-soo LOVELYZ, AleXa dan Hoya.

Untuk pengetahuan, “Seoul Ghost Story” ialah musim kedua bagi siri “Goedam” yang telah ditayangkan di Netflix pada 2020.

filem seoul ghost story

Tayangan perdana rasmi untuk “Seoul Ghost Story” akan dikeluarkan di pawagam pada 27 April ini. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...