Selepas 10 tahun, Song Hye-kyo akhirnya kembali berlakon dengan filem barunya!
Pada 28 Februari, Song Hye-kyo telah memuat naik foto buku skrip untuk filem barunya akan datang berjudul “The Black Nuns”.
Untuk pengetahuan, “The Black Nuns” membawa kisah biarawati yang melakukan eksorsisme.
송혜교님 검은수녀들? 찍으시는거 봣어요 pic.twitter.com/09otFZFzge
— 치이쨩 (@taeoxo__andy) February 28, 2024
Baru-baru ini, pelakon wanita itu dilihat telah pun mula menjalani penggambaran untuk filem tersebut dan berpakaian seperti seorang biarawati.
Apa yang membuatkan peminat lebih teruja, Kang Dong-won juga dijangka akan membuat penampilan istimewa dalam filem ini, bergandingan bersama Song Hye-kyo.
Sama-sama kita nantikan tayangan “The Black Nuns”!