Utama Filem Korea Filem Gandingan Nam Joohyuk & Han Jimin ‘Josée’ Top Carta Tempahan Sehari...

Filem Gandingan Nam Joohyuk & Han Jimin ‘Josée’ Top Carta Tempahan Sehari Sebelum Tayangan Perdana

filem josée

Belum pun ditayangkan, filem terbaru lakonan Han Ji-min dan Nam Joo-hyuk dikhabarkan mendapa sambutan yang hangat di penggung wayang sekitar Korea.

Menurut Warner Brothers Korea, “Josée” menduduki tempat pertama dalam carta tempahan dengan 34% belian dalam data pasaran tempahan jalur lebar komputer Pertubuhan Youngjin pada 10 pagi sehari sebelum tayangannya. Malah filem itu menduduki tangga teratas di pelbagai laman wayang utama seperti CGV, Lotte Cinema, Megabox, YES24, Interpark serta laman portal Naver dan Daum.

filem josée

Kalau anda nak tahu, filem ini ialah remake daripada filem Jepun pada tahun 2003 iaitu ‘Josée, The Tiger and The Fish”. Ia membawa kisah dua orang remaja di mana seorang daripadanya ialah pelajar sekolah menengah bernama Young-suk (Nam Joo-hyuk) dengan seorang gadis misteri bernama Josée.

Nampaknya ramai yang teruja nak menonton gandingan Nam Joo-hyuk dan Han Ji-min sekali lagi dalam naskhah hebat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...