Filem Dari Kisah Sebenar, Lee Shinyoung, Kim Dowan & Ramai Lagi Sah Terajui ‘Rebound’
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Empat pelakon visual sah akan membintangi filem akan datang “Rebound”!
Menurut laporan pada 8 Februari, Lee Shin-young, Kim Do-wan, Jung Gun-joo, dan Kim Taek telah disahkan untuk filem akan datang mengenai bola keranjang berjudul “Rebound”. Filem ini akan berdasarkan kisah sebenar kelab bola keranjang Sekolah Menengah Jungang di Busan pada 2012. Keempat-empat mereka akan memainkan watak sebagai ahli pasukan bola keranjang.

Di samping itu, pelakon Ahn Jae-hong yang pernah membintangi drama seperti “Fight For My Way” dan banyak lagi, turut dilaporkan akan mengambil peranan sebagai jurulatih pasukan itu dalam filem tersebut.
“Rebound” akan memulakan penggambaran pada Mac ini dan dijadualkan untuk tayangan pada separuh kedua 2022. Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




