Ikuti Kami:

“Fikirlah Rakyat Palestin Yang Terseksa” – Dikecam Bergambar Dengan Duta Israel, Choi Siwon Jelas Tiada Unsur Politik

“Fikirlah Rakyat Palestin Yang Terseksa” – Dikecam Bergambar Dengan Duta Israel, Choi Siwon Jelas Tiada Unsur Politik

Umum mengetahui bahawa Choi Si-won daripada kumpulan Super Junior merupakan seorang yang sangat sibuk dengan kerjaya seninya. Pun begitu, dia sering mencuri masa untuk melakukan aktiviti sukarelawan sehingga melayakkannya menjadi duta Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) untuk kawasan Asia.

Sering memuat naik pelbagai kata-kata nasihat untuk memperjuangkan kesaksamaan dalam kalangan kanak-kanak kurang kemampuan dan mengemas kini lawatannya untuk tujuan sukarelawan, idola popular itu baru-baru ini menerima tempias ramai dek memuat naik satu foto bersama duta besar Israel di Korea iaitu Chaim Chosen.

choi siwon dikecam muat naik gambar dengan duta israel

Rata-rata peminat meluahkan rasa kesal terhadap Choi Si-won kerana sepertinya menyokong negara yang menjajah dan menuntut tanah Palestin sebagai milik mereka. Bahkan ramai juga peminat daripada Malaysia yang turut kecewa dengan foto yang dimuat naik itu.

choi siwon dikecam muat naik gambar dengan duta israel choi siwon dikecam muat naik gambar dengan duta israel choi siwon dikecam muat naik gambar dengan duta israel choi siwon dikecam muat naik gambar dengan duta israel choi siwon dikecam muat naik gambar dengan duta israelMungkin terasa bahang daripada peminatnya, Choi Si-won kemudiannya memuat naik penjelasan mengenai foto yang dimuat naik itu.

choi siwon dikecam muat naik gambar dengan duta israel

Saya tahu terdapat isu perdebatan mengenai foto yang dimuat naik baru-baru ini. Saya telah dijemput untuk acara pertukaran budaya dan foto tersebut diambil ketika itu.

Bagi mengelak sebarang tafsiran melebih dan kekeliruan, saya mahu menjelaskan bahawa tiada makna dan unsur politik langsung disebalik foto tersebut. Saya berharap tiada yang salah faham dengannya.

Disebabkan Choi Si-won mempunyai peminat daripada pelbagai bangsa dan agama termasuklah daripada rakyat Palestin sendiri, sudah pasti hal sebegini akan menyebabkan sesetengah daripada mereka yang menentang kezaliman Israel berasa sedih.

Bagaimana pula pendapat anda mengenai hal ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...