Ikuti Kami:

“Fan Service Mantap” – ‘Running Man’ Cipta Kenangan Indah Bersama Peminat Malaysia Di Konsert ‘RUN 2 U’

“Fan Service Mantap” – ‘Running Man’ Cipta Kenangan Indah Bersama Peminat Malaysia Di Konsert ‘RUN 2 U’

Memang meriah habis tau konsert “Running Man” di Malaysia semalam!

Pada 15 Februari, enam ahli “Running Man” iaitu Ji Suk-jin, Yoo Jae-suk, Kim Jong-kook, Haha, Song Ji-hyo dan Yang Se-chan telah menemui peminat menerusi Konsert RUNNING MAN RUN 2 U LIVE IN KUALA LUMPUR, yang berlangsung di MIECC, Kuala Lumpur.

Dari mengadakan persembahan istimewa hingga bermain permainan, mereka memastikan malam itu menjadi pengalaman yang indah buat peminat.

Selepas membuka pentas dengan lagu BTS “Spring Day”, acara itu diteruskan dengan beberapa cabaran dan permainan, yang membolehkan ahli untuk berinteraksi dengan lebih dekat bersama peminat.

Malahan, ada juga beberapa peminat bertuah yang dijemput ke atas pentas untuk bermain permainan dan mengambil swafoto dengan enam selebriti itu. Untungnya!

Mencipta kenangan yang lebih indah, penonton juga turut dihiburkan dengan persembahan solo/duo oleh ahli, dengan lagu seperti “APT.”, “Bam Yang Gang”, “All Of Me” dan banyak lagi.

running man run 2 u in kl

Sebagai penutup konsert, mereka mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang hadir, serta sempat memuji “Mantap” kerana mewujudkan suasana yang hangat dan meriah.

Rugi tau siapa tak pergi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...