Rasanya ramai yang dah rindu drama “Good Partner” kan?
Dalam sebuah temubual eksklusif, Nam Ji-hyun bercerita lebih mengenai drama berkenaan dan turut mengulas tentang adegan ranjang antara wataknya, Han Yu-ri dan Jeon Eun-ho (P.O).
Berkaitan dengan itu, Nam Ji-hyun berkata,
Yu-ri dan Eun-ho kedua-duanya ada sisi yang kekok. Ada kejadian-kejadian yang tidak dapat dielakkan berlaku. Namun, yang melegakan adalah mereka berdua orang yang baik. Jika dilihat dari satu sudut, ia seperti kesilapan yang comel.
Akuinya, dia memahami reaksi negatif penonton dan menyedari bahawa ‘hal-hal seperti ini boleh membuat mereka tidak selesa.’
Nam Ji-hyun kemudian menambah,
Ada penjelasan mengenai hubungan antara Yuri dan Eun Ho di bahagian seterusnya, tetapi disebabkan siaran tergendala oleh Olimpik, ia terhenti. Saya rasa wajar jika penonton berasa marah.
Tapi best je kan drama ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.