Ikuti Kami:

“F***, Buang Masa Pergi Wayang” – Netizen Terkejut Lihat Review Negatif Kim Jihun Buat ‘Batman’

“F***, Buang Masa Pergi Wayang” – Netizen Terkejut Lihat Review Negatif Kim Jihun Buat ‘Batman’

Dengar cerita, ramai yang dah lama tunggu tayangan “The Batman”?

Sepertinya pelakon Kim Ji-hun juga tidak terlepas menonton filem adiwira yang sudah sekian lama dinantikan itu.

Pun begitu, ramai yang terkejut melihat reaksi pelakon lelaki itu. Menerusi Instagram Story, Kim Ji-hun dilihat memuat naik pelbagai kritikan serta kata-kata kesat kepada filem berkenaan,

XX.. hanya poster sahaja cool.

Malah dia turut mengulas mengenai setiap watak menerusi posting lima poster karakter berbeza. Ulas Kim Ji-hun pada watak Penguin (Colin Farrell),

Kenapalah pak cik ini yang perlu lakonkan Penguin.. Kalau awak mahu tiada siapa mengenali awak, ianya merupakan kejayaan yang besar.

kim jihun batman

Pelakon itu juga tidak menyukai watak Catwoman (Zoe Kravitz). Kritiknya, karakter tersabut nampak tidak realistik dan dilukis seperti video CG bukannya macam manusia. Berkenaan Riddler (Paul Dano) pula,

Paul Dano hanya melakukan apa yang biasa dilakukan.

Kim Ji-hun nampaknya kesal dengan penghasilan “Batman”,

Saya menonton siri ‘Batman’ dengan jangkaan dan kerisauan tapi saya berasa bosan hingga ke babak terakhir. Saya menulis review kerana berasa marah saya pergi ke panggung, mengenepikan jadual seni yang padat. Saya juga geram kerana saya mempunyai jangkaan yang tinggi.

kim jihun batman

Tambahnya lagi,

Tolak ke tepi persona filem ‘Batman’ mungkin sesuatu yang besar tapi naskhah ini boleh dikatakan sebagai melulu. Tak baik meninggalkan review negatif bagi sebuah filem yang diriliskan, tapi saya berasa sedikit marah selepas pulang daripada panggung

Selepas membaca luahan hati Kim Ji-hun ini, rata-rata peminat memahaminya sebagai peminat setia francais filem berkenaan dan menganggap ia hanyalah review jujur. Namun ramai juga yang mempersoalkan pelakon itu kerana menggunakan perkataan kasar di dalamnya.

Marah betul Kim Ji-hun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...