Ikuti Kami:

‘Extraordinary Attorney Woo’ No 1 Di Top 10 Global Rancangan TV Netflix Paling Banyak Ditonton

‘Extraordinary Attorney Woo’ No 1 Di Top 10 Global Rancangan TV Netflix Paling Banyak Ditonton

Nampaknya, memang sudah terbukti bahawa “Extraordinary Attorney Woo” merupakan drama Korea yang paling diminati ramai kini.

Bagi yang belum tahu, “Extraordinary Attorney Woo” membawa kisah Woo Young-woo (Park Eun-bin), seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes dan cabaran.

Pada 13 Julai, “Extraordinary Attorney Woo” yang diterajui Park Eun-bin dan Kang Tae-oh, telah berjaya mendahului carta Top 10 Rancangan TV (Bukan Bahasa Inggeris) global Netflix yang paling banyak ditonton.

netflix extraordinary attorney woo

Untuk pengetahuan, dari 4 hingga 10 Julai, drama itu telah ditonton selama 23.95 jam menerusi Netflix. Fuh banyak tu!

Bukan itu sahaja, “Extraordinary Attorney Woo” turut disenaraikan dalam Top 10 carta Netflix Teratas di 12 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Hong Kong dan Singapore.

netflix top 10 global

Dalam pada itu, drama Korea lain yang juga tersenarai dalam ranking Top 10 Rancangan TV (Bukan Bahasa Inggeris) global Netflix ialah “Money Heist Korea”, “Alchemy of Souls” dan “Ghost Doctor”.

Tahniah buat semua yang terlibat dalam “Extraordinary Attorney Woo”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...