Ikuti Kami:

EXO Sebut ‘Nasi Goreng’, Peminat Malaysia & Indonesia Bertelagah ‘Claim’ Itu Makanan Mereka

EXO Sebut ‘Nasi Goreng’, Peminat Malaysia & Indonesia Bertelagah ‘Claim’ Itu Makanan Mereka

EXO merupakan sebuah kumpulan K-Pop yang dianggotai oleh 9 orang lelaki kacak. Mula membuat kemunculan dalam industri seni di Korea pada tahun 2012, mereka mencipta fenomena apabila menjadi kumpulan K-Pop pertama yang berjaya menjual album lebih daripada sejuta keping selepas 12 tahun tiada siapa berjaya melakukan kehebatan tersebut pada tahun 2013! Sejak itu mereka memecah pelbagai rekod dan membolot banyak anugerah penting sehingga ke hari ini.

Melihatkan kejayaan karier mereka ini, sudah tentulah semua dapat mengagak bahawa EXO mempunyai peminat yang ramai di seluruh dunia kan? Tapi yang pasti, mereka adalah sangat popular di Asia terutamanya di Asia Tenggara. Tahu sahaja ada konsert, sudah pasti semua peminat akan menyerbunya dan memastikan tiada langsung kerusi kosong. Hebat!

exo

Terbaru, EXO telah mengadakan satu siaran langsung bagi meraikan penghasilan album terbaru mereka iaitu album penuh ke-6 bertajuk “OBSESSION”. Kumpulan ini juga terkenal kerana mereka sebenarnya agak tidak terkawal apabila dibiarkan tanpa perhatian pengurus ataupun pihak atasan. Walaupun hanya bersiaran selama lebih kurang 20 minit tetapi setiap ahli kumpulan telah melakukan aksi yang sangat rawak sehingga membuatkan peminat terhibur sakan melihat gelagat mereka!

Paling meninggalkan kesan apabila salah seorang daripada ahli EXO iaitu Baekhyun secara tiba-tiba telah menjerit “Nasi Goreng!” semasa siaran langung itu. Gila! Rata-rata peminat daripada Malaysia dan Indonesia berasa terhibur kerana lelaki itu yang tidak semena-mena menyebut nama makanan popular tersebut.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...