Utama Drama Korea Esom Dilamar Berlakon Bersama Kim Woobin Dalam Siri Netflix ‘Delivery Knight’

Esom Dilamar Berlakon Bersama Kim Woobin Dalam Siri Netflix ‘Delivery Knight’

netflix delivery knight

Nampaknya Esom dan Kim Woo-bin mungkin akan kembali bekerjasama selepas 10 tahun menerusi drama baru.

Menurut sumber industri, kedua mereka dilaporkan bakal bergandingan dalam siri Netflix “Delivery Knight”.

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, drama ini berlatar belakangkan masa hadapan distopia di mana pencemaran yang berada di tahap teruk membuatkan semua terpaksa meneruskan hidup dengan semua barangan perlu dihantar.esom kim woobinKim Woo-bin dikatakan akan menghidupkan watak seorang penghantar hebat 5-8. Manakala Esom pula ditawarkan watak Seol-ah di mana dia merupakan seorang tentera yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Pertahanan pada masa hadapan.

Jika mereka bersetuju, ini ialah merupakan kali pertama mereka bertemu semula selepas membintangi “White Christmas” pada 2011.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...