Eric, Yoo Inna & Im Joohwan Dedah Klu Separuh Kedua ‘The Spies Who Loved Me’

the spies who loved me

Boleh tahan best juga drama “The Spies Who Loved Me” yang sedang ditayangkan kini di MBC.

Drama ini membawa kisah seorang wanita yang terperangkap dalam dunia perisikan. Kang Ah-reum (Yoo In-na) ialah seorang pereka gaun perkahwinan yang pernah berkahwin sebanyak dua kali di mana kedua suaminya menyimpan pelbagai rahsia yang memeningkan. Jun Ji-hoon (Eric) pula ialah bekas suami wanita tersebut dan merupakan ejen yang tidak boleh dijangka di Interpol. Derek Hyun (Im Joo-hwan), si suami sekarang pula ialah perisik korporat yang sangat bijak dan juga gila dengan persaingan.

Sudah pun memasuki separuh kedua, penonton tertanya-tanya bagaimanakah perubahan dinamik di antara Ah-reum (Yoo In-na) dengan Jun Ji-hoon (Eric) dan Derek Hyun (Im Joo-hwan).

Dalam sebuah temuramah istimewa, ketiga-tiga pelakon ini memilih babak yang paling diingati mereka selain apa yang penonton boleh jangkakan dalam separuh kedua drama ini.

Eric memilih dialog “Sebab saya berasa kesal” dalam episod ke-4 sebagai ayat yang paling diingatinya. Jelasnya,

Apabila Kang Ah-reum menanyakan Jun Ji-hoon kenapa dia tidak pernah bayangkan mereka kembali bersama, itulah jawapannya dalam nada yang rendah. Babak itu menunjukkan cinta yang jujur dan suci untuknya.

the spies who loved me

Dalam episod ke-8, Jun Ji-hoon dan Derek Hyun berlawan bukannya sebagai musuh cinta Kang Ah-reum tetapi sebagai pegawai polis dan juga pengintip industri. Eric menyebut perubahan hubungan kedua mereka sebagai kunci utama dalam separuh kedua drama ini. Katanya,

Mereka sentiasa berselisih faham apabila berjumpa, namun ada hubungan ‘bromance’ yang terbina dek situasi pelik yang sering berbelit di antara mereka. Sila tonton sehingga ke penghujung bagi melihat pengakhiran kisah dua lelaki ini yang mencintai Ah-reum.

Yoo In-na pula berkongsi dialog kegemarannya ialah daripada babak dalam episod dua,

Dialognya ialah ‘Kenapa awak berkahwin? Adakah ini rumah ataupun stor simpan barang? Apabila awak berkahwin, tugas awak bukan sahaja melindungi saya sebagai pasangan awak tetapi juga melindungi diri awak sendiri. Itu adalah janji adil yang awak janjikan kepada saya.’ Ia menunjukkan kesedihan dan kerisauannya terhadap Jun Ji-hoon. Walaupun ia hanyalah lakonan, namun hati saya berasa perit.

Wanita itu turut memilih babak apabila dia bertanyakan Derek Hyun sama ada dia adalah pengintip dalam episod ke-8 sebagai salah satu babak yang paling diingatinya,

Walaupun dia nampak baik di luar, namun di dalamnya dia sangat berharap agar ia bukanlah kenyataan sebenar.

the spies who loved me

Untuk separuh kedua “The Spies Who Loved Me”, Yoo In-na meminta penonton mengikutinya bagi melihat pilihan Kang Ah-reum selepas mengetahui identiti sebenar Derek Hyun.

Saya rasa penonton akan berasa seronok melihat pilihan Kang Ah-reum untuk dirinya dan juga untuk Jun Ji-hoon dan Derek Hyun. Dia akan terus memainkan peranan yang penting dalam episod akan datang.

Jelas Im Joo-hwan,

Setiap watak bergerak mengikut personaliti unik masing-masing. Saya sedang melalui masa yang menyeronokkan dek dialog yang tulus dan babak yang melangkaui jangkaan. Sila tonton sehingga ke penghujungnya.

the spies who loved me

Curious betul nak tahu pilihan Kang Ah-reum, Jun Ji-hoon ke Derek Hyun?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply