Ikuti Kami:

‘Love (ft. Marriage & Divorce) 2’ Raih Perhatian, Hanya Tampil Satu Pasangan Bergaduh Sepanjang Sejam Episod

‘Love (ft. Marriage & Divorce) 2’ Raih Perhatian, Hanya Tampil Satu Pasangan Bergaduh Sepanjang Sejam Episod

Apa macam musim kedua “Love (ft. Marriage And Divorce”), okay tak?

Sentiasa membawa kejutan pada saban episod, penonton sekali lagi dikejutkan dengan ‘keunikan’ perkembangan cerita semasa tayangan episod terbarunya kelmarin.

[Amaran SPOILER]

Bayangkan, sepanjang episod, penonton hanya disajikan dengan pergaduhan pasangan Shin Yu-shin (Lee Tae-gon) dan Sa Pi-yeong (Park Joo-mi). Menyakitkan apabila lelaki itu cuba merasionalisasikan kecurangannya dengan menggunakan nama ibu bapa dan anak mereka. Walaubagaimanapun, episod itu diakhiri dengan perpisahan mereka berdua.

Walaupun ada pertukaran hari dan latar belakang, namun episod berkenaan hanya dihiasi oleh kedua mereka. Rata-rata penonton nyata tidak menjangkakan idea produksi drama ini selepas menyaksikan episod tersebut.

Mereka hanya bergaduh selama sejam, tapi saya fokus melihatnya. Gila.

 

Terdapat banyak kata-kata realistik dalam dialog episod ini.

 

Boleh macam ini?

 

Ini ialah drama hyper-realistik.

 

Macam mana mereka berdua menghafal kesemua dialog ini? Dahsyat betul.

Dalam pada itu, “Love (ft. Marriage & Divorce” menunjukkan peningkatan yang banyak untuk musim kedua ini apabila ianya sudah mencapai rating 13% ketika tayangan episod ke-11. Walhal musim pertamanya hanya mampu mencatat 9.65% sebagai rekod terbaiknya.

Hebat kan mereka menjiwai keseluruhan episod ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...