Ikuti Kami:

Episod Pertama ‘The Sixth Sense 3’ Raih Rating Tertinggi Sepanjang Tiga Musim

Episod Pertama ‘The Sixth Sense 3’ Raih Rating Tertinggi Sepanjang Tiga Musim

Nampaknya musim ketiga “The Sixth Sense” bermula hebat!

Untuk pengetahuan anda, program ini menayangkan premis di mana kesemua ahlinya dan tetamu perlu menggunakan deria ke-6 mereka untuk mengenali yang mana palsu di antara yang benar. Ianya dipelopori oleh Yoo Jae-suk, Jessi, Jun So-min, Mi-joo (Lovelyz), Oh Na-ra dan Lee Sang-yeob.

Menurut Nielsen Korea, purata rating yang dicatatkan oleh episod pertama musim ketiganya ialah 3.5%. Di mana ia lebih tinggi berbanding rekod tayangan perdana musim pertama iaitu 3.2% dan musim kedua iaitu 2.7%.

Bukan itu sahaja, rekod ini merupakan catatan terbaik sepanjang “The Sixth Sense” mula ditayangkan di mana ia melepasi rekod terbaik musim pertama iaitu 3.3% dan musim kedua 3.4%.

tvn the sixth sense 3

Untuk episod pembukaan musim ketiga ini, Song Eun-i dan Yoon Chan-young telah muncul sebagai tetamu dan mereka perlu mencari si palsu dalam kalangan individu yang dikatakan berada dalam golongan ‘top 1% di Korea’.

Dalam pada itu, ahli “The Sixth Sense” turut mengulas rasa sedih mengenai ketiadaan Jun So-min untuk musim ini memandangkan jadual wanita itu yang berselisih dengan penggambaran drama “Cleaning Up” selepas pembedahan pergelangan kaki tak lama dahulu.

Okay tak episod pertama “The Sixth Sense 3”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...