Ikuti Kami:

Episod Pertama Raih Rating Baik, Banyak Momen Kelakar & Penonton Puji Keserasian Ahli ‘The Sixth Sense’

Episod Pertama Raih Rating Baik, Banyak Momen Kelakar & Penonton Puji Keserasian Ahli ‘The Sixth Sense’

Dah berapa bulan dicanang mengenai rancangan baru kelolaan bekas PD “Running Man” iaitu “The Sixth Sense” selepas berpindah ke stesen penyiaran tvN. Sekian lama menanti, akhirnya program tersebut telah pun ditayang kelmarin dan sambutannya boleh tahan memberangsangkan.

Memang dapat perhatian ramailah sebab ianya dibarisi nama hebat seperti Yoo Jae-suk, Jun So-min dan Jessi selain disertai oleh selebriti yang amatur dalam rancangan hiburan iaitu pelakon Oh Na-ra dan Mi-joo (Lovelyz). Kelima-lima ahli ini disertai seorang tetamu jemputan setiap minggu dan mereka akan melawat ke lokasi atau benda yang mempunyai latar belakang pelik. Dengan menggunakan deria ke-6, setiap daripada ahli ini perlu merungkai mana yang palsu, mana yang benar.

episod pertama sixth sense

Untuk episod awal ini, ahli “The Sixth Sense” telah menjemput pelakon Lee Sang-yeob sebagai tetamu jemputan dan mereka perlu mengenal pasti mana satu yang palsu di antara 3 restoran yang dikatakan popular. Pilihan pertama ialah kedai makan di dalam kedai runcit, kedua ialah kedai ramen yang dimiliki oleh dua orang tua dan perniagaan tersebut dijalankan di rumah mereka sendiri manakala lagi satu ialah restoran mewah yang menyajikan makanan berharga 1 milion won (RM3,485) sekali makan.

Menggunakan deria ke-6 dan kepakaran mereka menyiasat, setiap ahli perlu memilih restoran mana yang palsu dan sekiranya betul, mereka akan diberikan hadiah plak emas manakala yang kalah perlu melalui hukuman.

episod pertama sixth sense

Walaupun baru episod pertama tapi sudah nampak kekalutan di antara ahli “The Sixth Sense”! Si Jessi yang sukar dikawal kerana mulutnya yang tiada penapis dan Yoo Jae-suk yang terpaksa ‘terjun’ untuk menyelamatkan keadaan. Makin kelakar apabila Oh Na-ra yang baru sahaja memulakan rakaman sudah meminta diri untuk pulang dek penat melayan kerenah ahli lain.

Disebabakn Yoo Jae-suk seorang sahaja lelaki, ahli wanita lain tak segan langsung bersembang mengenai hal ‘dewasa’. Sehinggakan Lee Sang-yeon sendiri mengaku kalah,

Saya tak rasa tetamu jemputan lelaki patut datang ke rancangan ini.

Tetapi rata-rata penonton meluahkan rasa seronok dengan program terbaru Jung Chul-min selain merasakan bahawa ahli yang dipilih adalah serasi bersama. Bahkan mereka sendiri terkejut dengan keputusan restoran mana yang palsu di akhir episod tersebut. Serius tertipu!

episod pertama sixth sense

Baru episod pertama tetapi “The Sixth Sense” dah berjaya raih rating baik untuk rancangan hiburan iaitu 3.2%, sesuatu yang sebenarnya susah untuk dicapai oleh mana-mana drama sekarang ini pun. Kalaulah ada sari kata, mesti anda pun mahu menonton sebab serius best rancangan ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...