Ikuti Kami:

Episod Pertama ‘Now, We Are Breaking Up’ Diberi Had Umur 19 Tahun Ke Atas

Episod Pertama ‘Now, We Are Breaking Up’ Diberi Had Umur 19 Tahun Ke Atas

Bakal ditayangkan pada 12 November nanti, ramai yang dah tak sabar untuk menyaksikan drama comeback Song Hye-gyo.

“Now, We Are Breaking Up” menceritakan kisah Ha Young-eun (Song Hye-gyo) iaitu seorang pengurus bagi pasukan pereka di sebuah syarikat fesyen. Watak tersebut digambarkan sebagai seorang yang realistik dan dingin namun bijak serta mementingkan keselamatan berbanding benda lain. Meskipun sudah berusia 38 tahun, Ha Young-eun terkenal kerana sentiasa menjaga badannya dan mengikuti trend semasa bagi mengekalkan awet muda selain rupa yang menawan. Wanita ini juga sangat teliti dalam mendapatkan ganjaran daripada kerjanya sendiri dan tidak mempunyai masa untuk menangis kerana lelaki.

Ramai yang teruja apabila SBS memuat naik jadual siaran drama ini dan meletakkan rating 19+ (had umur 19 tahun ke atas) untuk episod pertamanya. Rata-rata menebak mungkin akan ada babak intim melibatkan Song Hye-kyo dan Jang Ki-yong.

sbs now we are breaking up 19+

Walaubagaimanapan, untuk episod kedua, ianya hanya diberikan rating penonton 15 menandakan ia tidak mempunyai babak yang tidak sesuai ditonton oleh bawah umur.

Lagi seminggu sahaja nak tunggu “Now, We Are Breaking Up”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...