Ikuti Kami:

Episod Perdana ‘Kill Heel’ Ditunda Selama 2 Minggu

Episod Perdana ‘Kill Heel’ Ditunda Selama 2 Minggu

Ramai yang sedang menantikan tayangan drama terbaru “Kill Heel” di tvN kan?

Berita kurang baik untuk anda, pihak produksi drama berkenaan mengumumkan bahawa tayangan episod perdana terpaksa ditunda selama dua minggu,

Tayangan pertama ialah pada 9 Mac, di mana ia ditunda selama 2 minggu daripada tarikh asal, 23 Februari dek penularan COVID-19 di set penggambaran.

Bagi memastikan keadaan penggambaran yang stabil, mereka memilih untuk menangguhkan tayangan “Kill Hell” dan meminta penonton memahami keputusan yang dibuat itu.

tvn kill heel

Untuk pengetahuan, “Kill Heel” ialah sebuah drama mengenai ketegangan dunia beli-belah di rumah. Ianya akan memaparkan wanita meneruskan hidup dalam dunia yang penuh persaingan dan kuasa melibatkan hos program dengan personaliti berbagai.

Sama-sama kita nantikan drama ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...