Ikuti Kami:

Episod Khas Watak Jun Jihyun, Netflix Sah ‘Kingdom: Ashin Of The North’ Tayang 23 Julai Ini

Episod Khas Watak Jun Jihyun, Netflix Sah ‘Kingdom: Ashin Of The North’ Tayang 23 Julai Ini

Akhirnya Netflix sahkan tarikh tayangan sambungan drama “Kingdom” iaitu “Kingdom: Ashin Of The North”.

Ia membawa kisah Ashin (Jun Ji-hyun), figura misteri yang ditemui pihak Lee Chang (Joo Ji-hoon) semasa ke selatan untuk mengkaji rahsia di sebalik ladang kebangkitan itu.

Dalam teaser yang dikeluarkan, kapsyen yang ditulis ialah,

Untuk menghidupkan yang mati, ada harga yang perly dibayar.

Bukan sahaja Jun Ji-hyun, episod khas ini turut akan menampilkan Park Byung-eun yang melakonkan watak ketua Pemerintahan Diraja Min Chi-rok dalam “Kingdom” musim kedua.

Episod istimewa ini akan mendedahkan bagaimana plag itu bermula dan cerita mengenai ladang kebangkitan itu berkembang di wilayah selatan sehingga mampu menenggelamkan Joseon dalam kegelapan.

Korang dah ready belum nak layan tayangan istimewa “Kingdom: Ashin Of The North” ini? Bersiap sedia pada 23 Julai nanti di Netflix okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...