Ikuti Kami:

Episod Baru Raih Rating Tertinggi, 5 Sebab Peminat Drama Misteri Pembunuhan Obses Dengan ‘Law School’

Episod Baru Raih Rating Tertinggi, 5 Sebab Peminat Drama Misteri Pembunuhan Obses Dengan ‘Law School’

“Law School” sememangnya merupakan antara drama misteri pembunuhan yang menjadi ikutan ramai sekarang ini. Debaran yang disajikan pada setiap episod ternyata membuatkan penonton tak senang duduk bagi menantikan episod seterusnya.

Terbukti popular, “Law School” kini sudah pun berjaya menaiki tangga rating dengan baik pada saban episod. Malah tayangan episod terbaru berjaya memecahkan rekod peribadi drama itu dengan catatan 5.388%.

Nak tahu tak sebab apa anda tak patut terlepas menonton drama ini?

Pelakon baru yang kian menaik

Walaupun Kim Bum dan Ryu Hye-young merupakan pelakon yang dikenali ramai namun terdapat beberapa pelakon lain yang kini mula membina tapak mereka dalam bidang lakonan menerusi “Law School”. Antaranya ialah Lee Soo-kyung yang dikenali daripada drama “Where Star Lands”, Go Hyun-jung antara wanita kuat dalam “Sweet Home” dan David Lee yang tampil gah dalam drama perundangan ini sekaligus berbeza dengan watak dibuli dalam “Itaewon Class”.

netflix law school

Pelakon veteran yang mantap

Memang bukan beshe-beshe barisan pelakon senior dalam drama ini, macam calon pemenang di anugerah berprestij rasanya. Diketuai oleh Kim Myung-min, “Law School” turut menampilkan Lee Jung-eun (“Parasite”), Park Hyuk-won dan Ahn Nae-sang.

netflix law school

Persekitaran fakulti perundangan

Memang mantap betul latar belakang “Law School”, sama betul macam suasana fakulti perundangan. Bukan sahaja anda dapat selesaikan misteri daripada sudut perundangan namun anda juga boleh lihat kehidupan pelajar ‘law’ selain mempelajari pelbagai terma dan kata kunci yang sering digunakan mereka dalam menyiasat kes. Fuh!

netflix law school

Misteri pembunuhan

Suasana fakulti perundangan yang suram bertukar misteri dan huru-hara apabila salah seorang profesor mereka dibunuh. Semakin mereka menyiasat, semakin jelas motif dan dalang disebaliknya. Namun baru di pertengahan jalan, mungkin banyak lagi plot twist yang tidak dijangka anda.

netflix law school

Agenda tersorok

Setiap watak mempunyai personaliti tersendiri tapi imeh tersebut berkemungkinan besar hanyalah untuk melindungi agenda sebenar mereka memasuki fakulti perundangan berkenaan. Tak boleh percaya siapa pun..

netflix law school

Siri “Law School” sememangnya tak boleh dilepaskan, anda wajib tonton di Netflix pada setiap Rabu dan Khamis okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...