Berita sedih buat anda, terdapat beberapa drama yang tidak akan bersiaran pada malam ini.
MBC dilaporkan akan menayangkan siaran langsung pusingan pertama perlawan di antara Doosan dan NC bagi 2020 KBO Lesgue Korean Series pada jam 6.15 p.m (waktu Korea) lantas drama “My Wonderful Life” dan “Kairos” yang sepatutnya bersiaran pada waktu tersebut akan berehat pada malam ini.
Pusingan kedua KBO League itu pula akan bersiaran di MBC pada 18 November dan drama “My Wonderful Life” dan “The Spies Who Loved Me” juga akan berehat daripada tayangan pada hari tersebut.
Bukan itu sahaja, “The Penthouse” juga tidak akan bersiaran pada malam ini kerana SBS menayangkan siaran langsung perlawanan bola di antara Korea Selatan dan Qatar bermula jam 9.40 p.m (waktu Korea).
Nampaknya anda terpaksa menunggu lama untuk menyaksikan drama ini kembali bersiaran.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.